Notis Privasi
Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami, Power Root Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 503227-K) memproses data peribadi anda melalui pelbagai peraduan dan aktiviti-aktiviti promosi ("Peraduan").
Apabila anda memasuki Peraduan ini, kami akan memproses data peribadi anda seperti nama, nombor kad identiti, nombor telefon, alamat rumah dan e-mel. Ia adalah wajib untuk kamu membekalkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit dan jika anda gagal membekalkan data tersebut, kamu tidak berhak untuk memasuki Peraduan ini.
Kami mungkin juga akan mengumpul data peribadi yang lain apabila anda memasuki Peraduan ini. Data tersebut adalah termasuk kad pengenalan, butir-butir akaun WhatsApp dan gambar(-gambar) anda.
Kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut: -
- menilai penyertaan anda dalam Peraduan ini;
- penyediaan laporan mengenai prestasi Peraduan;
- menghantar bahan-bahan promosi (jika anda tidak memilih untuk tidak menerimanya) sama ada dari entiti-entiti berkaitan, bersekutu atau bergabung kami termasuk syarikat-syarikat dalam Kumpulan Syarikat Power Root;
- melaksanakan pentadbiran am Peraduan.
- penyelidikan dan tujuan perangkaan; dan
- tujuan-tujuan lain yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat Peraduan.
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada: -
- entiti-entiti berkaitan, bersekutu atau bergabung kami termasuk syarikat-syarikat dalam Kumpulan Syarikat Power Root;
- mana-mana pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti perkhidmatan pemprosesan data, penyelenggaraan sistem dan laman web, perkhidmatan media dan pemasaran, perkhidmatan penghantaran, audit); dan
- mana-mana pihak lain yang kepadanya penzahiran sedemikian dikehendaki oleh undang-undang atau keperluan peraturan atau menurut suatu perintah Mahkamah.
Kami berhak untuk menyiarkan atau menggunakan nama, gambar, nombor kad pengenalan dan alamat anda untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman web kami dan / atau sebarang akaun media sosial yang dimiliki oleh Power Root.
Jika kami bergabung atau diperolehi oleh entiti lain, maklumat peribadi mungkin dipindahkan kepada entiti tersebut sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan.
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau akses permintaan atau pembetulan data peribadi, sila hubungi kami di : -
Bahagian Pemasaran : Puan Heryanti
Nombor telefon: 03-62720303
E-mel : sales@powerroot.com.my
Apa-apa permintaan akses atau pembetulan data peribadi mungkin dikenakan bayaran dan juga tertakluk kepada mana-mana undang-undang privasi atau perlindungan data. Di mana anda memilih untuk mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi, anda boleh menghubungi kami secara bertulis. Untuk mengelakkan keraguan, pilihan tersebut tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori.
Kami berhak untuk mengubah Notis Privasi ini pada bila-bila masa dan jika kami berbuat demikian, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman web www.powerroot.com.
Tarikh: 13 Jan 2017
|