PAST EVENT
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Per’l "Keranamu, Jadikanku” cum Per’l Relaunch Press Conference
15 December 2015


 
 

PER’L ANDALAH PERMATA HATIKU

Kuala Lumpur: There’s a great woman behind every successful person, she may have supported you professionally, spiritually and emotionally thus making your life richer and more meaningful; she could have been your mother, sister, aunty, relative, friend or someone who have no family ties but have certainly inspired, motivated and been there for you when you needed it.

In recognition of this, Per’l has launched a contest Per'l "Keranamu, Jadikanku" as a tribute to the woman who fueled you with confidence, support, motivation and became the force of your success and happiness.

The contest was launched on Per'l’s Facebook page to all Malaysians aged 15 years and above from 20 May 2015 to 15 September 2015. The contestants were required to upload picture of women they care about and share their stories with no more than 200 words.

Per'l’s "Keranamu, Jadikanku" received favourable response from the public. Many have shared their story about the important women in their lives. 10 winners and 9 consolation winners were selected by Per'l based on the criteria of the contest in the prize-giving ceremony on 15 December 2015 at Bijan Bar & Restaurant, Kuala Lumpur. The grand prize winner of the contest received two sets of Swarovski’s necklaces and earrings worth RM1,400, one set for the winner and the other set for that “special woman”. In addition, all main and consolation prize winners also received a hamper consisting of Per'l’s healthy products for women valued at RM100 and a unique souvenir from the organizer which is an illustration of the winner and the “special woman” valued at RM200.

"We were overwhelmed when we read the stories submitted in the contest. Indeed, women play a key role in shaping society. I too, sometimes forget to acknowledge the women in my life, things that should not be taken granted by anyone. However, today, the Per’l brand and I are proud because we have the chance to appreciate them through contest such as this," said Y.M. Tengku Shamsulbhari Bin Tengku Azman Shah, SMK, Chairman of Power Root Group.

Per’l – Andalah Permata Hatiku

Women willingly sacrifice for their loved ones and often times tend to forget about themselves. The Per’l range of drinks is formulated for today’s women such as working women, mothers and wives so that they can continue an active lifestyle. Per'l’s range of drinks are enriched with Kacip Fatimah, a local herb known to delay the process of aging, help restore vitality, balance hormones and strengthen bone structure.

Per'l’s drinks are available in coffee and chocolate flavours, Per’l Café, Per’l Café Low Fat, Per’l Café Low Fat No Sugar Added, and Per’l Choco. Can drinks are also available such as Per’l Café and Per’l Honey Dates Energy Drink. All beverages are suitable for all women from teens to adults.

In conjunction with this campaign, Per’l is giving free 3 small sachets for free (on pack) with every purchase of a large pack of Per'l Café & Per’l Choco until March 2016, while stocks last and subject to the terms and conditions.

For more information about Per'l, please visit www.powerroot.com or the official Per’l Facebook.

   
 

 

PER’L ANDALAH PERMATA HATIKU

Kuala Lumpur: Di sebalik setiap langkah anda, pasti ada wanita yang sentiasa bersama anda - sama ada memberi sokongan kepada anda; atau memberikan pertolongan yang diperlukan pada saat tersebut; atau sentiasa berada di belakang anda ketika saat suka dan duka. Mungkin dia ibu, kakak, adik, saudara ataupun sahabat dan rakan sekerja yang tiada talian persaudaraan, ada antara mereka yang pastinya menjadi inspirasi, tonggak kekuatan dan sentiasa berada di sisi di saat kita memerlukan.

Menyedari hakikat ini, Per’l telah melancarkan Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” sebagai penghargaan kepada wanita-wanita yang menjadi inspirasi dan menjadi titik tolak di dalam kejayaan dan kebahagiaan hidup anda. Peraduan yang julung kali dianjurkan oleh Per’l ini merakamkan kisah penuh bermakna itu agar ia terus tersemat di dalam hati dan minda kita buat selama-lamanya.

Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” telah dilancarkan di Facebook Per’l bagi semua rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas bermula 20 Mei 2015 hingga 15 September 2015, Peserta peraduan hanya diminta memuat naik gambar wanita yang mereka hargai dan berkongsi kisah mereka dengan tidak melebihi 200 patah perkataan.

Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” telah mendapat respon yang menggalakkan dari orang ramai. Ramai yang telah berkongsi kisah dan wanita yang penting di dalam hidup mereka. 10 pemenang utama dan 9 pemenang saguhati telah dipilih oleh pihak Per’l berdasarkan kriteria peraduan di Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 15 Disember 2015, di Bijan Bar & Restaurant, Kuala Lumpur. Pemenang hadiah utama peraduan akan mendapat dua set rantai & anting-anting Swarovski yang bernilai RM1,400, satu set untuk pemenang dan satu set untuk wanita yang pemenang hargai. Selain itu, semua pemenang hadiah utama dan saguhati juga akan mendapat Hamper yang terdiri dari produk kesihatan wanita keluaran Per’l bernilai RM100 serta satu cenderahati unik dari penganjur yang merupakan sebuah ilustrasi pemenang dengan wanita yang pemenang hargai yang bernilai RM200.

“Kami terharu apabila membaca kisah-kisah yang dihantar di dalam peraduan ini. Sesungguhnya, wanita memainkan peranan penting di dalam membentuk masyarakat. Saya sendiri mengakui bahawa saya sendiri kadang kalanya terlupa untuk merakamkan penghargaan kepada wanita penting dalam hidup saya, perkara yang tidak sepatutnya diambil mudah oleh sesiapa. Bagaimanapun, hari ini, saya dan jenama Per’l berbangga kerana kami berpeluang untuk menghargai mereka melalui peraduan seumpama ini,” kata Y.M. Tengku Shamsulbhari Bin Tengku Azman Shah, SMK, Pengerusi Kumpulan Power Root.

Per’l – Andalah Permata Hatiku

Wanita secara lumrahnya sanggup mengorbankan masa, tenaga dan segalanya demi mereka yang tersayang. Kerana mengutamakan mereka inilah, ada kalanya wanita terlupa tentang diri mereka sendiri. Faktor-faktor inilah yang telah dipertimbangkan oleh Per’l dan terhasillah minuman yang dirumuskan khas untuk semua wanita seperti wanita berkerjaya, ibu dan isteri untuk terus aktif, sihat dan tampil muda walaupun terpaksa menghadapi berbagai cabaran harian. Minuman Per’l yang diperkayakan dengan Kacip Fatimah membantu menjaga kesihatan luaran dan dalaman para wanita.

Khasiat dari herba Kacip Fatimah membantu melewatkan proses penuaan, membantu mengembalikan kecergasan, membantu menyeimbangkan hormon, dan juga membantu mengukuhkan struktur tulang.

Minuman Per’l terdapat dalam pelbagai perisa, rangkaian kopi seperti Per’l Café Kacip Fatimah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah Tanpa Gula Tambahan, minuman coklat seperti Per’l Choco Kacip Fatimah, minuman tin seperti Per’l Café Kacip Fatimah, dan minuman bertenaga tin Per’l Kurma Madu Kacip Fatimah. Kesemua minuman ini sesuai untuk semua wanita dari remaja sehingga dewasa.

Bersempena dengan kempen ini, dapat 3 peket kecil percuma (dalam pek) dengan setiap pek besar minuman pracampur Per’l Café atau Per’l Choco sehingga Mac 2016 atau sehingga stok habis, tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Per’l, sila layari www.powerroot.com atau Facebook rasmi Per’l.

 
 
  
   
 
 


All Rights Reserved 2003-19 ® Power Root (M) Sdn. Bhd. (489343-X)