18x GRAND PRIZE
( RM 600 Cash Vouchers)
36x Consolation prize
(RM80 Products)
Buy any 2 cans
Snap cans + Receipt
WhatsApp 010 - 839 8838
(With Full Name & NRIC)
Check our Facebook & Instagram to see if you won!
Notis Privasi ini menerangkan bagaimana, Pihak Penganjur memproses data peribadi anda melalui peraduan 'ALICAFE GRAFFITI DRINK & WIN CONVERSE PRODUCTS' ("Peraduan").
Apabila anda memasuki Peraduan ini, kami akan memproses data peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Ia adalah wajib untuk data-data tersebut. Jika anda gagal membekalkan data tersebut, penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik.
Pihak Penganjur mungkin juga akan mengumpul data peribadi yang lain apabila anda memasuki Peraduan ini. Data tersebut termasuk butir-butir akaun WhatsApp dan gambar(-gambar) anda apabila anda diumumkan sebagai salah seorang pemenang atau menghadiri mana-mana acara berkaitan Peraduan ini.
Kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan Peraduan dan menghantar bahan-bahan promosi (jika anda tidak memilih untuk tidak menerimanya) sama ada dari entiti-entiti berkaitan, bersekutu atau bergabung kami termasuk syarikat-syarikat dalam Kumpulan Syarikat Power Root;
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada: -
• entiti-entiti berkaitan, bersekutu atau bergabung kami termasuk syarikat-syarikat dalam Kumpulan Syarikat Power Root;
• mana-mana pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti perkhidmatan pemprosesan data, penyelenggaraan sistem dan laman web, perkhidmatan media dan pemasaran, perkhidmatan penghantaran, audit); dan
• mana-mana pihak lain yang kepadanya penzahiran sedemikian dikehendaki oleh undang-undang atau keperluan peraturan atau menurut suatu perintah Mahkamah.
Kami berhak untuk menyiarkan atau menggunakan nama, gambar, nombor kad pengenalan dan alamat para pemenang untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Senarai pemegang juga akan diumumkan di laman web kami dan akaun Facebook Alicafe
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau akses permintaan atau pembetulan data peribadi, sila hubungi kami di 03-62728816.
Apa-apa permintaan akses atau pembetulan data peribadi mungkin dikenakan bayaran dan juga tertakluk kepada mana-mana undang-undang privasi atau perlindungan data.
Kami berhak untuk mengubah Notis Privasi ini pada bila-bila masa dan jika kami berbuat demikian, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada http://www.powerroot.com/malaysia/privacy-notice.html